
Apakah Score A Programme™ ?
Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang
interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah
terbukti berkesan untuk membantu pelajar
bersedia menghadapi peperiksaan dan
mencapai
kecemerlangan A.


eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang
disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam
program Score A.
eNotes sangat sesuai untuk
pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran
sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara
topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti
eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic.
Dengan demikian, pelajar akan lebih
bersedia untuk membuat latihan atau menjawab
soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama
dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.
Selamat Maju Jaya.

ePastYearExam membolehkan para pelajar
yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah
berlatih menggunakan
yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Setiap kertas soalan
disediakan dalam format yang sama seperti
kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini
para pelajar boleh memilih soalan samada
menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan
haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang
diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga
ini membolehkan pelajar melakukan latihan
tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan
diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan
mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan
yang sebenar.


Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul
bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul
eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu
simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar
untuk UPSR, PMR & SPM.
Modul ini akan
membantu anak anda membiasakan diri dengan
keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja
mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah
direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar
dan para pelajar haruslah melengkapkannya
sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah
serta merta.
Pendek kata, modul ini menjadikan para
pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat
keputusan yang cemerlang.



eAssessment™- Soalan-soalan Umum
eAssessment™ telah direkabentuk
untuk membolehkan anak-anak membuat latihan
pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan
secara terus menerus untuk menilai sejauh
manakah pemahaman mereka didalam subjek yang
diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih
mana-mana subjek pada bila-bila masa dan
secara terus boleh menilai samada mereka faham
atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu
bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan anak anda supaya anda dapat
mengambil langkah-langkah tertentu untuk
memperbetulkan keadaan sebelum mereka
menduduki peperiksaan yang sebenar.

Objektif utama eAssessment™:-
- Menyediakan pembelajaran output secara
terus.
- Meningkatkan keupayaan menghadapi
peperiksaaan dengan membenarkan pelajar
membuat latih tubi tanpa had.
- Membantu menjawab soalan dengan betul
setiap kali dalam percubaan yang pertama.
- Menanam sikap untuk membaca dan memahami
soalan sebelum menjawab.

Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui eAssessment™ ,
penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar
dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4
kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah
akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang
mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti
sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap
untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi
sebarang jawapan


eTopic - Soalan-soalan berpandukan topik
eTopic adalah satu modul latihan yang
membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan
pendek dan membekalkan secara terus untuk
menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik
yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih
topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah
pada hari tersebut secara langsung dapat
megetahui samada mereka faham atau tidak topik
yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu
perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat
membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan anak-anak mereka supaya dapat
mengambil langkah-langkah tertentu untuk
memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik, penandaan
dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar
belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan
melakukan percubaan sebanyak empat kali pada
setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan
ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta
merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa'
pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum
membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu
menanamkan sikap untuk membaca dan memahami
soalan dengan teliti sebelum menjawab.


eProgress adalah carta perantauan yang
membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan
anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu
kaedah perantauan yang efektif. Ia
direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa
sentiasa diberitahu tentang kesemua
latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.
Ibu
bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan
percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk
setiap topik. Justeru itu menunjukkan
topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini
membolehkan ibu bapa mengenal pasti
topik-topik yang bermasalah dan bukan
mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.


eReport Card™
eReport Card™ adalah
SATU CIRI YANG
PERLU ada bagi ibu bapa yang
prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia
memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak
anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial
exam.
Ciri ini membolehkan anda
mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan
kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh
anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata
markah untuk setiap subjek yang dibuat pada
bulan tersebut. Anda juga boleh membuat
perbandingan dengan keputusan latihan yang
dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.
Lagipun, eReport Card™
merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari
eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan
anda memantau dan mengambil langkah-langkah
tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum
mereka menduduki peperiksan yang sebenar.
|
Objektif
utama:-
- Membolehkan ibu
bapa memantau & menilai tahap
perkembangan akademik anak-anak.
- Membantu anak-anak
bila perlu terhadap perkembangan
akademik mereka.
|
|
Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda
tanpa melalui pihak ketiga.
Secara langsung memberi galakan kepada
anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini.
Nescaya cara penilai ini adalah sangat
bernilai untuk mereka yang ingin mencapai
kecermelangan A.

Pakej ini adalah tuisyen untuk UPSR
dan PMR.Harga biasa pakej ini ialah